Kongsi Ilmu Pertamaku

Haiiii, assalammualaikum.. Fit di sini.. ermm jadi kat mana nak start eh hehe... Jadi first of all, ini adalah posting pertama saya sebagai blogger.. rasa macam dah terlewat kan sebab dah 2022 orang dah tak main dah blog-blog ni haha. Tapi tujuan saya nak buat blog ni macam suka-suka je (actually sebab nak try buat duit haha) dan sebab of course nak sharing ilmu apa yang saya ada.. nama pun Kongsi Ilmu kann hahaha

Jadi untuk perkongsian pertama ni saya sentuh bab yang pertama sekali terlintas kat kepala ni ha. Sejak dua menjak ni saya rasa macam confusee.. kenapa lah makin ramai orang kat Malaysia ni yang salah guna tatabahasa (eleh padahal kau pun guna bahasa rojak haha). Perkara yang saya maksudkan ini adalah pernggunaan perkataan 'di' dan kata sifat tu sendiri. Ramai yang buat macam ni sebagai contoh..

.. supaya boleh di buat oleh.. (salah)
.. telah di berikan kepada.. (salah)

Nampak tak apa kesalahan kat situ? Yes, 'di' dan ayat seterusnya tu dijarakkan. Salahhh tuu. Saya ni bukannya pandai BM sangat, SPM pun A- je hahaha. Tapi seingat sayalah perkataan 'di' tu hanya dijarakkan bila perkataan selepas dia tu adalah benda atau tempat. Jadi yang sepatutnya adalah..

.. supaya boleh dibuat oleh.. (betul)
.. telah diberikan kepada.. (betul)

Senang cerita 'di' tu ada dua maksud. Satu 'di' untuk menyatakan kedudukan sesuatu tu macam ' di perantauan' atau ' di sana'. Manakala satu lagi 'di' adalah perkara yang dilakukan oleh seseorang seperti 'dibaca' atau 'disepak'. Perkataan selepas tu perlulah kata sifat. Kalau penggunaan yang lebih advance sikit bila digabungkan dengan bahasa english atau pun gabung dengan sesuatu yang disingkatkan perlulah ditulis macam ni..

..wajah pelakon itu telah di-AI oleh pihak..
..wanita itu telah di-scam oleh..

Asasnya perkataan 'di' dan ayat seterusnya perlulah kata sifat seperti 'buat' dan 'beri' tadi. Kedua-duanya perlulah digabungkan. Haa nampak tak mcm contoh tu hahaha. Kesalahan ni nampak kat merata tempat dah, kat Tiktok, kat berita online, kat social media dan kat mana-mana lah. Jadi sebelum nasi dah jadi bubur baik saya kongsikan kepada anda semua. Sebenarnya saya pun buat banyak kesalahan tatabahasa dan saya akan cuba perbaiki lagi inshaaAllah. Hehe.

Semoga bermanfaat, minta maaf sebab guna bahasa rojak sebab nak nampak natural sikit hahah. Terima kasih :)

Comments